14 April 2011 - 19:30

Menteri Bahrain mengistiharkan larangan semua Majlis Kedukaan Ahlul Bait di rumah-rumah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Rasyid Abdullah Al Khalifah memaklumkan larangan sebarang acara atau majlis duka untuk Ahlul Bait di Husainiyah dan masjid. Beliau menambah, "Selepas ini, pengikut Syiah tidak ada hak lagi untuk melangsungkan majlis-majlis seperti ini di rumah".

Rasyid Al-Khalifah di dalam pernyataannya mengatakan, barangsiapa yang melangsungkan majlis Azadari Ahlul Bait di rumahnya akan dihukum. Kata beliau, "Hukum buat penganjur Majlis Ahlul Bait di rumah ialah penjara dan denda".

Menteri tersebut berkata demikian di mana beberapa majid dan hussainiyah pengikut mazhab Ja'fari hendaklah dikenal pasti untuk keperluan negara Bahrain.

Dengan kanun terbaru ini, barangsiapa yang berhasrat mengasaskan atau membangunkan masjid dan husainiyah di Bahrain, atau juga melangsungkan majlis di rumahnya hendaklah mendapatkan keizinan dari pihak kerajaan.

Kelmarin, atas arahan raja Bahrain dan Saudi masjid ke-lima iaitu Fadak Az-Zahra telah dimusnahkan. Pemusnahan telah merupakan tindakan biadab terhadap rumah Allah dan dalam perobohan masjid tersebut banyak al-Quran serta kitab-kitab doa turut musnah.